Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts

Saturday, March 26, 2022

PENDFTARAN KEAHLIAN 2022

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Pengakap!

Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang. Surat siaran dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah. Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online. Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.                  
                  
A. Siaran PPM Ibupejabat
B. Siaran JPNNS
C. Fail Excel PPM1(A) Tahun 2022                
D. Serahan Dokumen Pendaftaran (mengikut daerah)                  
- PPM Daerah Tampin
- PPM Daerah Seremban Timur
- PPM Daerah Seremban Barat
- PPM Daerah Port Dickson
- PPM Daerah Rembau
- PPM Daerah Gemas -                  
- PPM Daerah Kuala Pilah
- PPM Daerah Jempol -                  
- PPM Daerah Jelebu -                  
- PPM NEGERI SEMBILAN -                  
                  
Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut:

1. Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
2. Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan BUKAN Google Sheet
3. Baca/cetak dan fahamkan sheet PANDUAN
4. Lengkapkan butiran yang diperlukan
5. Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut
6. Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran. Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
7. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan                  
8. Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut:
- Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2022-Daerah-NoKump-Sek* (xls,xslx)
- Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-NoKump-Sek* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
9. Pendaftaran Keahlian Tahun 2022 akan ditutup pada 15 MEI 2022                  

                  
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Puan Hajah Siti Faridah binti Osman
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri ( Pengurusan Dan Tadbir Urus – Setiausaha)
HP: 018 2867037
         
Tuan Afiq bin Imam
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri ( Pengurusan Dan Tadbir Urus – Pendaftaran & Kad Keahlian )
HP: 017-7773117

Friday, January 31, 2020

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUN 2020

Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang.  Surat siaran JPPNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah.   Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online.  Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.

A. Siaran dan Fail Excel PPM1(A) Tahun 2020
B. Serahan Dokumen Pendaftaran

Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :
  1. Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
  2. Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan bukan Google Sheet
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalu Pesuruhjaya Pengakap Daerah.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut.
  5. Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran.  Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
  6. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
  7. Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut : 
    1. Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
    2. Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
    3. Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Fasa pertama pendaftaran Tahun 2020 akan ditutup pada 28 Februari 2020.

Sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Nadzrullah Bin Yahya
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - (Pengurusan dan Pentadbiran)
Tel: 06 6136465 Fax: 06 6136465
HP: 012 2510995

Wednesday, June 13, 2018

PENUBUHAN UNIT PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN PENDAFTARAN PENGEDAR SERTA PERUNCIT SEDIADA YANG MENJUAL SERAGAM DAN AKSESORI PENGAKAP

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menubuhkan Unit Pembangunan Perniagaan (UPP) yang berfungsi sebagai sayap perniagaan PPM dan juga untuk menguatkuasakan penggunaan Cap Dagangan (Trade Marks) PPM dan WOSM yang telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 (Akta 175), Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997. Salinan Sijil Pendaftaran Cap Dagangan PPM dan WOSM disertakan.

Sehubungan dengan itu, UPP akan menguatkuasakan pengeluaran pakaian Seragam dan aksesori yang mempunyai Cap Dagangan tersebut, di mana pakaian seragam dan aksesori yang sah HANYA boleh diperolehi dari UPP, PPM.

UPP akan menghubungi semua pembekal sediada untuk memaklumkan perkara ini dan meminta mereka untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta. Pembekal yang engkar akan diadukan kepada KPDNKK untuk tujuan pendakwaan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Siaran Rasmi atau hubungi :

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Wednesday, February 7, 2018

PENDAFTARAN 2018

Pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan Borang Pendaftaran Keahlian bagi Tahun 2018 bagi melaksanakan urusan pendaftaran keahlian tahunan bagi tahun 2018.

Surat siaran PPM dan surat siaran JPNNS boleh didapati di bahagian Siaran Rasmi. Borang pendaftaran boleh dimuat-turun di bahagian Muat-Turun.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

Thursday, January 26, 2017

PENDAFTARAN 2017

Pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan Borang Pendaftaran Keahlian bagi Tahun 2017 (PPM-1(E)2017) bagi melaksanakan urusan pendaftaran keahlian tahunan bagi tahun 2017.

Borang pendaftaran boleh didapati di bahagian Siaran. Surat siaran JPNS akan dimuat-naik dalam masa terdekat. Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

Wednesday, January 27, 2016

PENDAFTARAN KEAHLIAN PPMNS 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2016 telah dibuka.  Sila muat-turun borang berkaintan di ruangan Siaran.

Surat siaran JPNS sedang dimohon dan akan dimuat-naik dengan kadar segera.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Amir Fuad Bin Mohd Dom
Timb Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran & Antarabangsa)
SMK Palong 2 (F), 73450 Gemas, Negeri Sembilan

Tel : 06-4631314 Fax: 06-4631173 HP 018-2789727