Wednesday, June 13, 2018

PENUBUHAN UNIT PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN PENDAFTARAN PENGEDAR SERTA PERUNCIT SEDIADA YANG MENJUAL SERAGAM DAN AKSESORI PENGAKAP

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menubuhkan Unit Pembangunan Perniagaan (UPP) yang berfungsi sebagai sayap perniagaan PPM dan juga untuk menguatkuasakan penggunaan Cap Dagangan (Trade Marks) PPM dan WOSM yang telah didaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 (Akta 175), Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997. Salinan Sijil Pendaftaran Cap Dagangan PPM dan WOSM disertakan.

Sehubungan dengan itu, UPP akan menguatkuasakan pengeluaran pakaian Seragam dan aksesori yang mempunyai Cap Dagangan tersebut, di mana pakaian seragam dan aksesori yang sah HANYA boleh diperolehi dari UPP, PPM.

UPP akan menghubungi semua pembekal sediada untuk memaklumkan perkara ini dan meminta mereka untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta. Pembekal yang engkar akan diadukan kepada KPDNKK untuk tujuan pendakwaan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Siaran Rasmi atau hubungi :

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727