Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Friday, October 4, 2019

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 62 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 23, PENGAKAP DUNIA

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan turut serta menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) KE 62 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 23, PENGAKAP DUNIA seperti ketetapan di bawah:

Tarikh
18 - 20  Oktober 2019

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus, Seremban

Penyertaan
1. Pengakap Kanak Kanak , Muda ,Remaja dan Kelana di iringi oleh Pemimpin (Yang Berdaftar)
2. Ahli Badan Uniform Lain dan pengakap yg tidak berdaftar dengan diiringi oleh Guru Badan Uniform tersebut
3. Pakaian adalah diwajibkan beruniform penuh mengikut  badan uniform masing masing ( tidak dibenarkan memakai T Shirt )

Bayaran
1. Pengakap - RM 10
2 Ahli Badan Uniform Lain - RM20
3. Ahli pengakap yang tidak berdaftar - RM20
4. Ahli pengakap yg berkhemah (ahli pengakap yg berdaftar sahaja) - RM 45 (Makan Minum dan Peralatan Aktiviti)

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Penyelaras Program JOTA/JOTI
merangkap
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program)
Tel : 013-6111047

Monday, July 29, 2019

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3 BAHAGIAN 1 DAN 2 PKK DAN PM 2019

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan  dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus tersebut   kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang telah menghadiri kursus kepimpinan Manikayu –Peringkat 1 sebelum ini. Peserta kursus dikehendaki mengikuti Manikayu 3- Bahagian 1 dan 2 sebelum dianugerahkan Manikayu 2 Butir.

Kursus akan dijalankan seperti ketetapan di bawah : 

PERINGKAT 3 – BAHAGIAN 1 ( PEMIMPIN PKK DAN PM ) – SEKOLAH REN DAN MEN

Tarikh Mula :  22 – 24 Ogos 2019 ( Khamis - Sabtu ) 
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Khamis ) 
Masa daftar Pegawai/Jurulatih :  9.00 pagi ( Khamis )   
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan :  RM 70.00

PERINGKAT  3 – BAHAGIAN 2     ( PEMIMPIN PM ) – SEKOLAH MENENGAH
Tarikh Mula :  25 September – 28 September 2019 ( Rabu – Sabtu )
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Rabu )
Masa daftar Pegawai/Jurulatih :  9.00 pagi ( Rabu )  
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan :  RM 80.00
    
PERINGKAT  3 – BAHAGIAN 2     ( PEMIMPIN PKK ) – SEKOLAH RENDAH
Tarikh Mula :  26 September – 28 September 2019 ( Khamis - Sabtu ) 
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Khamis )
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan : RM 70.00


Maklumat lanjut dan surat pelepasan JPNNS akan dimuat-naik ke bahagian Siaran.  Sila rujuk surat mohon PPMNS untuk maklumat atau hubungi

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Latihan Negeri)
merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPMNS
Tel : 012-386 7084
Email : dinlobon9@yahoo.com

Tuesday, June 18, 2019

Kursus Kepimpinan Pengakap - Manikayu (Satu) 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, akan mengadakan Kursus Manikayu - Peringkat Satu untuk Tahun 2019.   Kursus ini terbuka kepada semua pemimpin yang telah menghadiri Kursus Manikayu - Peringkat Pengenalan.  Kursus akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 (Khamis) - 13 (Sabtu) Julai 2019
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Daftar : 8.30 pagi - 10.00 pagi (11 Julai 2019 - Jurulatih dan Urus Setia)
              2.00 petang - 4.00 petang (11 Julai 2019 - Peserta)
Bayaran : RM70.00

Maklumat lanjut dan surat pelepasan JPNNS akan dimuat-naik ke bahagian Siaran.  Sila rujuk surat mohon PPMNS untuk maklumat atau hubungi

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Latihan Negeri)
merangkap
Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPMNS
Tel : 012-386 7084
Email : dinlobon9@yahoo.com

Tuesday, March 5, 2019

Kursus Kepimpinan Pengakap - Manikayu (Pengenalan) 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, akan mengadakan Kursus Manikayu (Pengenalan) untuk Tahun 2019.  Kursus akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Mac 2019 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Dewan SMK Seremban Jaya
               Seremban, Negeri Sembilan
Bayaran : RM30

Surat pelepasan dari JPNNS akan dimuat-naik ke bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi

Tuan Shafizan Bin Shahriman
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri ( Setiausaha Latihan )
D/A   SMK King George V, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 012-2043522  Tel Pej : 06 7623598   Fax: 06 7641214

Tuesday, February 26, 2019

PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN KELANA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Perkhemahan Pentauliahan Kelana Peringkat Negeri untuk tahun 2019 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 - 10 Mac 2019
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran : RM35.00 seorang (dibayar masa pendaftaran)
                RM15.00 (tambahan tempahan epolet - jika tiada)
Tema : Jati Diri Keunggulan Berpengakap Sedia Berkhidmat

Surat siaran JPNNS boleh didapati di bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Monday, January 28, 2019

UJIAN LENCANA MENGEMBARA PENGAKAP REMAJA 2019 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan
mengadakan Ujian Kembara Pengakap Remaja mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 22hb hingga 24hb Februari 2019 ( Jumaat - Ahad )
Tempat : Sk Yam Tuan Hitam, Terachi, Kuala Pilah.
Tamat : Sk Kuala Kepis , Kuala Pilah.
Masa : 2.00 petang ( Penguji, Pembantu dan Urusetia )
            2.30 – 3.00 petang ( Calon Kembara )
Sasaran : 
1.1 Ahli berdaftar dan menjelaskan Yuran Keahlian Tahun 2017 dan 2018 lampirkan salinan kad Ahli
1.2 Berumur melebihi 15 ½ tahun dan telah lulus Lencana Jaya.
1.3 Mempunyai pakaian seragam yang lengkap dgn satu lencana Remaja sahaja jika ada.
1.4 Sihat tubuh badan. ( lampirkan dgn surat atau borang pengesahan Doktor)
1.5 Mendapat kebenaran daripada ibu bapa, pihak sekolah dan pihak-pihak berkenaan.Lampirkan Borang kebenaran
1.6 Yuran Pendaftaran RM 30.00 (untuk pentadbiran dan bahan ujian )

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program)
Tel : 013-6111047

Sunday, January 27, 2019

PENDAFTARAN 2019

Pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan Borang Pendaftaran Keahlian bagi Tahun 2019 bagi melaksanakan urusan pendaftaran keahlian tahunan bagi tahun 2019.

Surat makluman PPMNS boleh didapati di bahagian Siaran Rasmi. Borang pendaftaran boleh didapati di bahagian Muat-Turun.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727