Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Showing posts with label Kabori Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Kabori Sarawak. Show all posts

Monday, September 15, 2014

KABORI SARAWAK KE-6

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak akan mengelolakan Kabori Sarawak ke-6 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 2 - 5 Oktober 2014
Tempat : Sumiran Eco-Camp, Rantau Panjang off Jalan Batu Kawah, Kucing

Dijangka seramai 1500 orang pengakap Kanak-Kanak terdiri dari murid-murid dan Pemimpin dari sekolah rendah seluruh Sarawak dan juga dari negara jiran seperti Indonesi, Brunei dan Singapura akan turut serta dalam Kabori ini.

Sehubungan dengan itu, 6 orang pengakap Kanak-kanak dan 2 pemimpin dari Negeri Sembilan dijemput untuk menyertai Kabori ini.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Chan Kau Chai 
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan  
D/A SK Tunku Besar Tampin, 
73000 Tampin, NSDK  
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088  
Email:   jimmykc58@yahoo.com