Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Showing posts with label Pentauliahan. Show all posts
Showing posts with label Pentauliahan. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN KELANA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Perkhemahan Pentauliahan Kelana Peringkat Negeri untuk tahun 2019 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 - 10 Mac 2019
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran : RM35.00 seorang (dibayar masa pendaftaran)
                RM15.00 (tambahan tempahan epolet - jika tiada)
Tema : Jati Diri Keunggulan Berpengakap Sedia Berkhidmat

Surat siaran JPNNS boleh didapati di bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727