Thursday, August 7, 2014

PROGRAM KAPAL LAYAR DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA (LUMUT-LANGKAWI-LUMUT)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Pelayaran KLD Tunas Samudera (Skim Belia) pada 7 hingga 20 Oktober 2014 dan 5 hingga 18 November 2014.

Syarat-syarat bagi mengikuti Program Pelayaran KLD Tunas Samudera ini adalah seperti berikut:

a) Sihat tubuh badan (tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius);
b) Berumur 18-35 tahun dan merupakan ahli persatuan belia yang bergiat aktif dalam program pembangunan belia ;
c) Mendapat pengesahan dari persatuan yang diwakili ;
d) Pengesahan dari doktor yang bertauliah diperlukan semasa pendaftaran.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.