Monday, June 9, 2014

KURSUS LENCANA API BAGI PEMIMPIN PENGAKAP

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan Kursus Lencana Api bagi Pemimpin Pengakap di seluruh Negara mulai bulan Jun ini.

Setiap PPM negeri diminta untuk mencalonkan 50 orang pemimpin pengakap yang layak untuk menjadi peserta bagi kursus berkenaan. Pemilihan pemimpin pengakap untuk menyertai kursus ini mestilah meliputi semua Unit Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana. Kursus ini akan dijalankan mengikut zon berdasarkan kepada tarikh kursus yang akan ditetapkan kelak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Maklumat lanjut sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi:

Tuan Aziruddin bin Abdul Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S/U Latihan)
D/A SK. Taman Seri Pagi
71450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 012-3867084  Tel Pej / Fax :  06-6779348