Monday, April 7, 2014

PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP PPMNS 2104

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan satu mesyuarat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 2 April 2014 (Rabu)
Tempat: SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson
Masa: 2.30 petang
 
Sehubungan itu, berikut adalah ketetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat tersebut.
 
a. Tarikh akhir penghantaran pendaftaran keahlian dari daerah ke negeri adalah pada 30 April 2014. TIADA PENDAFTARAN selepas tarikh tersebut.
 
b. Kelewatan penghantaran pendaftaran akan menyebabkan ahli tidak akan didaftarkan dan TIDAK BOLEH MENGIKUTI sebarang aktiviti anjuran pengakap untuk tahun 2014.
 
c. Pesuruhjaya Daerah diminta MEMAKLUMKAN kepada Pegawai Pelajaran Daerah senarai nama sekolah yang tidak mendaftarkan ahlinya dan salinan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom
Pen Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran)
SMK Kg Baru Si Rusa, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan Darul Khusus 

Tel : 06-6463286    Fax: 06-6463719     HP 019-2664204