Monday, March 3, 2014

T-SHIRT PENGAKAP

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menguatkuasakan penggunaan T-Shirt rasmi aktiviti bagi ahli-ahli Pengakap diperingkat sekolah hingga ke peringkat kelana bagi meningkatkan lagi imej pengakap serta keseragaman di seluruh Negara.
 
Sehubungan dengan itu, perkara ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara pada 29hb November 2013 yang diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan diluluskan dengan sebulat suara. Syarikat Blue Gifts  Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai pembekal dan pengedar bagi T-Shirt rasmi aktiviti Pengakap setelah melalui proses pemilihan berpandukan terma dan syarat, rekabentuk dan harga.

Maklumat lanjut, sila rujuk surat siaran Ibu-Pejabat di bahagian Siaran.