Monday, January 20, 2014

JAMBORI ANTARABANGSA TERENGGANU 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan bercadang untuk menghantar kontinjen ke Jambori tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 01 hingga 06 Jun 2014 (6 hari / 5 malam)
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu
Bayaran : RM 200.00 (pendaftaran,pengangkutan dan makan/minum)
Tempat berkumpul : Akan dimaklumkan
Kumpulan sasaran : Pengakap PM,PR dan Pengakap kelana

Bayaran penyertaan RM 200.00 hendaklah dibuat dengan cek /wang pos atas nama Majlis Pengakap Negeri Sembilan.  Bayaran hendaklah dibuat pada atau sebelum 30 APRIL 2014.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi :

En. Mohd Nor Azlan Bin Mohd Nordin
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan
HP : 019 3355463