Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang. Surat siaran JPNNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah. Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online. Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.
A. Siaran PPM Ibupejabat
B. Siaran JPNNS
C. Fail Excel PPM1(A) Tahun 2021
D. Serahan Dokumen Pendaftaran (mengikut daerah)
- PPM Daerah Tampin
- PPM Daerah Seremban Timur
- PPM Daerah Seremban Barat
- PPM Daerah Port Dickson
- PPM Daerah Rembau
- PPM Daerah Gemas
- PPM Daerah Kuala Pilah
- PPM Daerah Jempol
- PPM Daerah Jelebu
Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :
1. Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
2. Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan BUKAN Google Sheet
3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
4. Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut.
5. Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran. Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
6. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
7. Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut :
- Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
- Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
- Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Pendaftaran Keahlian Tahun 2021 akan ditutup pada 28 Februari 2021
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Hajah Siti Faridah binti Osman
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri ( Pengurusan Dan Tadbir Urus – Pendaftaran Dan Kad Keahlian )
HP: 018 2867037