Friday, January 31, 2020

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUN 2020

Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang.  Surat siaran JPPNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah.   Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online.  Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.

A. Siaran dan Fail Excel PPM1(A) Tahun 2020
B. Serahan Dokumen Pendaftaran

Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :
  1. Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
  2. Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan bukan Google Sheet
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalu Pesuruhjaya Pengakap Daerah.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut.
  5. Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran.  Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
  6. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
  7. Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut : 
    1. Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
    2. Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
    3. Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Fasa pertama pendaftaran Tahun 2020 akan ditutup pada 28 Februari 2020.

Sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Nadzrullah Bin Yahya
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - (Pengurusan dan Pentadbiran)
Tel: 06 6136465 Fax: 06 6136465
HP: 012 2510995