Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Friday, January 29, 2021

PENDAFTARAN PPM 2021

Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang.  Surat siaran JPNNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah.   Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online.  Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.

A. Siaran PPM Ibupejabat
B. Siaran JPNNS
C. Fail Excel PPM1(A) Tahun 2021
D. Serahan Dokumen Pendaftaran (mengikut daerah)

- PPM Daerah Tampin
- PPM Daerah Seremban Timur
- PPM Daerah Seremban Barat
- PPM Daerah Port Dickson
- PPM Daerah Rembau
- PPM Daerah Gemas
- PPM Daerah Kuala Pilah
- PPM Daerah Jempol
- PPM Daerah Jelebu

Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :

1.    Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
2.    Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan BUKAN Google Sheet
3.    Lengkapkan butiran yang diperlukan
4.    Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut.
5.    Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran.  Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
6.    Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
7.    Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut :

  1. Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
  2. Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
  3. Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)

Pendaftaran Keahlian Tahun 2021 akan ditutup pada 28 Februari 2021

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Puan Hajah Siti Faridah binti Osman
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri ( Pengurusan Dan Tadbir Urus – Pendaftaran Dan Kad Keahlian )
HP: 018 2867037