Wednesday, April 19, 2017

KURSUS SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY ZON TENGAH 2017

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Jawatankuasa Messengers of Peace, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menganjurkan kursus Scout of the World Award Discovery (SWA) Zon Tengah tahun 2017.

Untuk makluman kursus ini bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai ahli pengakap terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam kumpulan pengakap masing-masing. Melalui kursus ini, setiap peserta akan mendapat passport SWA dan penerangan tentang pelaksanaan program SWA sehingga berjaya mendapatkan anugerah berkenaan.

Kursus ini akan dijalankan secara sepenuh masa dan hanya mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan sepanjang kursus akan dianugerahkan Sijil SWA Discovery. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh kursus
5 hingga 7 Mei 2017

Lapor Diri
5 Mei 2017 jam 2.30 petang (Jumaat)

Lokasi kursus
Dewan Masyarakat, Taman Melawati Jaya,
Kuala Selangor

Bayaran kursus
RM 130.00 sahaja

Syarat penyertaan
Berumur 16 hingga 24 tahun

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)

Tel : +60 19-221 3347