Saturday, August 15, 2015

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 PKK DAN PM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 PKK dan PM seperti ketetapan di bawah.

Tarikh : 21 - 23 Ogos 2015
Masa lapor diri : 2.30 ptg
Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus, Seremban
Bayaran : RM 60.00

Keutamaan kpd peserta Kursus Manikayu Pengenalan 2015 dan yg belum menghadiri Manikayu 1.

Makan minum disediakan.  Sila bawa khemah, peralatan perkhemahan, alat tulis dan keperluan peribadi.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Shafizan bin Shahriman
Penolong Pesuruhjaya Negeri (S/U latihan)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SMK King George V,
Jalan Za’aba, 70100 Seremban.