Friday, October 3, 2014

WOSM JAMBORI DI-UDARA KE-57 DAN JAMBORI DI-INTERNET KE-18 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa World Organization of The Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan Jambori di-Udara (Jamboree on The Air - JOTA) kali ke-57 dan Jambori di-Internet (Jamboree on the Internet - JOTI) ke-18 pada 17 - 19 Oktober 2014.  Dijangka lebih dari 100 buah negara dan hampir satu juta Pengakap dari seluruh dunia akan mengambil bahagian.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan  menganjurkan Jambori Di Udara (Jota) Ke – 57 Dan Jambori Di Internet (Joti) Ke-18 Sedunia yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2014
Masa daftar : 2.00 ptg (17 Oktober 2014)

Stesen Induk : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus, Seremban
Bayaran : RM30 (berkhemah), RM5 (lawatan)


Bayaran bagi peserta berkhemah termasuk makan-minum, sijil dan lencana.  Pengangkutan adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.  Bagi lawatan, peserta perlu berada di tapak jambori minimum 6-jam bagi melayakkan mereka memperolehi sijil dan lencana.

Surat kelulusan dari JPNS sedang dimohon.  Maklumat lanjut, sila berhubung dengan :

En. Nizam
Penganjur JOTA Negeri (SJO)
Tel : 017-3642554