Wednesday, May 28, 2014

MAKLUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Chee Yong Seng, Pengerusi Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Negeri Sembilan telah meninggal dunia pada 27 Mei 2014 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada 28 Mei 2014 bermula jam 7.30pm bertempat di No. 20, Taman Kg. Gelam, Port Dickson.  Kepada ahli pengakap yang ingin hadir, sila beruniform lengkap tanpa forage cap.

Seluruh warga pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Chan Kau Chai di talian 012-6518088.