Tuesday, July 30, 2013

SAMBUTAN 105 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA

Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan sambutan 105 tahun Pengakap Malaysia mulai 22 - 24 Ogos 2013.  Antara program yang telah dirancang ialah seperti berikut:

SIMPOSIUM PEMIMPIN PENGAKAP MALAYSIA 2013

Tarikh : 23 Ogos 2013 (Jumaat)
Tempat : Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Pengangkutan : Bas disediakan

Surat permohonan pelepasan peserta serta senarai nama mereka yang terlibat telah dimuat-naik di bahagian Siaran.


PERHIMPUNAN PENGAKAP SEMPENA HARI PENGAKAP MALAYSIA

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Pengangkutan : Disediakan

Surat permohonan pelepasan peserta dan pegawai serta senarai nama sekolah-sekolah yang terlibat telah dimuat-naik di bahagian Siaran.  Dijangka YAB Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri perhimpunan tersebut.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tuan Hamdan bin Hj. Mohd Nor
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(012-6281872)

Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(019-2664204)