Tuesday, March 26, 2013

PELANCARAN TABUNG WIRA LAHAD DATU

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu PPM pada 7hb Mac 2013 di Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Sehubungan dengan itu, PPM berharap agar Tabung Wira Lahad Datu PPM ini dapat diperluaskan sehingga ke Daerah dan Kumpulan dalam Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan untuk disumbangkan kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban demi menjaga keselamatan Negara kita Malaysia serta menyahut seruan kerajaan bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga dan waris perwira Negara. Segala sumbangan dan kutipan hendaklah dihantar ke lbu Pejabat PPM sebelum atau pada 5 April 2013 untuk disalurkan kepada Tabung Wira Lahad Datu Negara.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.