Tuesday, November 13, 2012

PASUKAN SUKARELAWAN PPMNS

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tuan Hamdan Mohd Nor telah memberikan kebenaran untuk menubuhkan Pasukan Bantuan Sukarelawan PPMNS di bawah Unit Kelana dan Unit Bencana.  Kita sedang dalam proses mengumpulkan data bagi merealisasikan penubuhan pasukan ini bagi memberi bantuan ketika berlaku sebarang bencana terutamanya di dalam Negeri Sembilan.

Mereka yang berminat, sila isikan borang pendaftaran di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

En. Azizulhakim bin Azizan (azizulhakim@giatmara.edu.my)
ASC Adha Fikris bin Mokhar (adhamokhtar@ktj.edu.my)