Pada 1 April 2012, bertempat di Restoran Wadi-Ar-Raudhah, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, En Hamdan bin Md Nor. Seramai 6 orang pesuruhjaya Daerah telah datang pada hari perasmian tersebut. Pada hari perasmian itu juga, seramai 18 orang pewakilan telah menghadirkan diri dari 9 daerah yang berbeza, serta 6 orang ahli pengakap yang hadir sebagai pemerhati.
Tujuan Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini ditubuhkan ialah untuk merancang hala tuju dan kebajikan Pengakap Kelana di
seluruh daerah Negeri Sembilan. Sebelum tertubuhnya majlis ini, satu
ahli jawatankuasa penaja telah dibentuk bagi menyegerakan penubuhan majlis ini. Jawatankuasa penaja telah dibantu oleh beberapa orang penasihat tertinggi negeri, bagi menghimpunkan
wakil tertinggi Majlis Pengakap Kelana Daerah. Kehadiran pewakilan dan pemerhati adalah amat menggalakkan.
Perlantikkan
ahli majlis yang baru juga dilakukan selepas pembubaran jawatankuasa penaja, berikut
ialah ahli jawatankuasa Majlis Pengakap Negeri,Negeri Sembilan.
Ahli Jawatankuasa Majlis Pengakap Kelana Negeri,
Negeri Sembilan
Pengerusi : Mohd Faries
Faizal bin Shamsul
Naib Pengerusi : Muhammad
Hafiz bin Anuar
Setiausaha : Norbasheerah
binti Kamal Mohd
Naib S/U : Abdul Rahman bin Mat Ozanor
Bendahari : Mohd Syafik
bin Mohd Taufik
AJK 1) : Noradila binti Mohd Zahidi
8) : Muhammad
Afik Bin Taufik
Pemeriksa Kira-Kira
1) : Lee
Kim Young
2) : Wan
Nursaidatul Ikhsan binti Nasution
Kesemua ahli jawatankuasa baru
ini telah mendapat dicalonkan dan dipersetujui oleh mesyuarat ahli
majlis. Kehadiran wakil daripada Majlis Pengakap Kelana Negara telah menjadi tanda
sokongan terhadap penubuhan majlis ini.
Diharapkan juga dengan tertubuhnya Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini, kami dapat bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama bagi merangka dan mengadakan aktiviti
bersama serta memperkenalkan lagi Pengakap Kelana pada masyarakat di negeri
Sembilan khususnya.
"SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP"