Monday, August 2, 2010

Asia-Pasifik Air/Internet Jambori ke-6

Persekutuan Pengakap Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Jambori Di Udara / Internet Rantau Asia-Pasifik ke 6 yang akan berlangsung pada 7hb - 8hb Ogos 2010 di seluruh rantau Asia-Pasifik .

Sehubungan dengan itu, PPM Negeri Sembilan akan turut serta dalam Jambori tersebut seperti dibawah:


Tarikh : 7hb - 8hb Ogos 2010
Tempat : Melaka Bungalow, Lot 2730, Batu 9
               Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
               Negeri Sembilan
Penyertaan :
- Konsep 'Rumah Terbuka' dimana setiap daerah diminta menghantar 10org ahli pengakap mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
- 5 orang pemimpin/kelana setiap daerah akan berkhemah pada 6hb - 8hb Ogos untuk dilatih oleh Ketua Stesen bagi persediaan awal PPM Negeri Sembilan menyediakan kumpulan komunikasi setiap daerah dan bagi menghadapi WOSM JOTA nanti.
Bayaran
- Ahli pengakap (RM10)
- Pemimpin/Kelana (RM60 - termasuk tapak khemah/makan/sijil/lencana)

Ahli-ahli pengakap dan orang ramai juga dijemput hadir.
Maklumat lanjut, Tn Haji Norazam Ibun (ASC Antarabangsa merangkap Ketua Projek) - 0133691978 atau En Adha Fikris (ASC IT merangkap Setiausaha Projek) - 0193425649.