Majlis taklimat telah dijalankan oleh Ketua Kontinjen, Tuan Samsudin Jiman dan Timb Ketua Kontijen, En Chan Kau Chai. Taklimat banyak menyentuh tentang etika-etika peserta, keperluan diri, keselamatan dan pemakaian seragam.
Majlis penyerahan bendera telah bermula pada jam 11.00pagi dan disempurnakan oleh YBhg Dato Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Dalam ucapannya, YBhg Pengarah telah menasihatkan semua peserta supaya membawa nama Negeri Sembilan dengan bangga kerana ini adalah ibarat seperti pulang ke kampung halaman. Beliau juga mengingatkan semua yang terlibat untuk menjaga nama Negeri Sembilan ketika di sana nanti.
Acara kemuncak ialah penyerahan bendera Negeri Sembilan dan bendera PPM Negeri Sembilan kepada Ketua Kontinjen dan Timbalan Ketua Kontinjen.