Turut hadir sempena majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg Datuk Seri Dr Shafie Salleh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Y. Bhg Dato' Hj Kaharudin Bin Momin, wakil-wakil dari Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan jemputan-jemputan yang lain.
DYMM Tuanku juga telah berkenan untuk menganugerahkan pingat dan bintang Pengakap kepada YAB Menteri Besar dan mereka yang banyak mencurahkan bakti kepada pergerakan Pengakap di Negeri Sembilan.