Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, January 28, 2019

UJIAN LENCANA MENGEMBARA PENGAKAP REMAJA 2019 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan
mengadakan Ujian Kembara Pengakap Remaja mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 22hb hingga 24hb Februari 2019 ( Jumaat - Ahad )
Tempat : Sk Yam Tuan Hitam, Terachi, Kuala Pilah.
Tamat : Sk Kuala Kepis , Kuala Pilah.
Masa : 2.00 petang ( Penguji, Pembantu dan Urusetia )
            2.30 – 3.00 petang ( Calon Kembara )
Sasaran : 
1.1 Ahli berdaftar dan menjelaskan Yuran Keahlian Tahun 2017 dan 2018 lampirkan salinan kad Ahli
1.2 Berumur melebihi 15 ½ tahun dan telah lulus Lencana Jaya.
1.3 Mempunyai pakaian seragam yang lengkap dgn satu lencana Remaja sahaja jika ada.
1.4 Sihat tubuh badan. ( lampirkan dgn surat atau borang pengesahan Doktor)
1.5 Mendapat kebenaran daripada ibu bapa, pihak sekolah dan pihak-pihak berkenaan.Lampirkan Borang kebenaran
1.6 Yuran Pendaftaran RM 30.00 (untuk pentadbiran dan bahan ujian )

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program)
Tel : 013-6111047

Sunday, January 27, 2019

PENDAFTARAN 2019

Pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan Borang Pendaftaran Keahlian bagi Tahun 2019 bagi melaksanakan urusan pendaftaran keahlian tahunan bagi tahun 2019.

Surat makluman PPMNS boleh didapati di bahagian Siaran Rasmi. Borang pendaftaran boleh didapati di bahagian Muat-Turun.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

Tuesday, January 22, 2019

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN KALI 1-2019

Sukacita dimaklumkan, mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan kali 1- 2019, akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 23 Januari 2019 (Rabu)

Masa    : 2.30 petang - 5.30 petang

Tempat : Dewan Tertutup
               SMK Dato' Undang Haji Adnan
               Kota, Negeri Sembilan

Surat siaran dan senarai ahli majlis boleh didapati di bahagian Siaran. Maklumat lanjut, sila hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

JEMPUTAN BENGKEL GURU/PEGAWAI PENDIDIKAN BAGI UJIAN RAMBU, UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA DAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA (KUMP 1) TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Bengkel Ujian Rambu, Ujian Sikap Pengakap Raja dan Penarafan Pengakap Raja Tahun 2019 seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 Januari 2019

Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petang

Tempat : Dewan Tertutup
               SMK Dato' Undang Haji Adnan
               Kota, Negeri Sembilan

Penyertaan : Guru/Pemimpin/Pen Pemimpin Daerah Rembau, Port Dickson, Tampin dan Gemas

Catatan : Makan/minum tidak disediakan

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727