MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA KALI KE-2 2014

Tuesday, April 29, 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Kali Kedua Tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 April 2014 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Senawang, Seremban

Surat pelepasan JPNS serta senarai kehadiran boleh didapati di bahagian Siaran.

Read more...

KURSUS BIMBINGAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) PERINGKAT KEBANGSAAN

Jawatan Kuasa ICT dan JOTA-JOTI Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus bimbingan peperiksaan Radio Amatur (RAE) seperti di bawah:

Tarikh : 17-18 Mei 2014
Tempat : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
               Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Yuran : RM100 (Pengakap) 
             RM150 (bukan Pengakap - tertakluk pada kekosongan)
             (Yuran termasuk makan-minum, penginapan, bahan kursus)

Penyertaan adalah terhad kepad 40 orang sahaja.  Peserta wajib mendaftarkan diri utk RAE secara online dahulu di https://sems.skmm.gov.my/sems/exams/examinfo sebelum mendaftar untuk kursus di atas.  Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

Read more...

BENGKEL ASAS MEMBINA LAMAN SESAWANG DAN MULTIMEDIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Jawatan Kuasa ICT dan JOTA-JOTI Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama PPM Negeri Kedah akan menganjurkan Bengkel Asas Membina Laman Sesawang dan Multimedia Peringkat Kebangsaan.  Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 - 17 Mei 2014 (Khamis - Sabtu)

Tempat : BTPN Kedah Darul Aman
               Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
               05604 Alor Setar
               Kedah

Yuran : RM150.00 seorang

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 Mei 2014.  Sila rujuk bahagian Siaran untuk maklumat lanjit.

Read more...

MESYUARAT PEMBANGUNAN KEM PPMNS 2014

Wednesday, April 16, 2014

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat diatas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 April 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan

Sila rujuk senarai lampiran untuk kehadiran mesyuarat.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi:

Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom

Pen Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran)
SMK Kg Baru Si Rusa, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan Darul Khusus 
Tel : 06-6463286    Fax: 06-6463719     HP 019-2664204

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3 BAHAGIAN 1 DAN 2 PKK DAN PM/PR 2014


Dengan hormatnya dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus tersebut kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang pernah menghadiri kursus kepimpinan Manikayu –Peringkat 1 sebelum ini.

Butiran kursus adalah seperti berikut : 

Peringkat 3 Bahagian 1 
Tarikh : 2 - 4 Mei 2014 ( Jumaat - Ahad ) - PKK dan PM/PR
Tempat :  Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran :  RM 50.00

Peringkat 3 Bahagian 2
Tarikh : 15 - 18 Mei 2014 ( Khamis - Ahad ) - PM/PR
             16 - 18 Mei 2014 ( Jumaat - Ahad ) - PKK
Tempat :  Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran :  RM 50.00

Sila bawa Uniform lengkap, peralatan perkhemahan, alat tulis/ bahan berkursus dan bahan rujukan. Tarikh tutup permohonan menghadiri kursus 30 April 2014. 

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi:

TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ
PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI
(SETIAUSAHA LATIHA)
D/A   SK TAMAN SERI PAGI
71450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
Tel : 012-3867084  Tel Pej / Fax :  06-6779348

Read more...

PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP PPMNS 2104

Monday, April 7, 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan satu mesyuarat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 2 April 2014 (Rabu)
Tempat: SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson
Masa: 2.30 petang
 
Sehubungan itu, berikut adalah ketetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat tersebut.
 
a. Tarikh akhir penghantaran pendaftaran keahlian dari daerah ke negeri adalah pada 30 April 2014. TIADA PENDAFTARAN selepas tarikh tersebut.
 
b. Kelewatan penghantaran pendaftaran akan menyebabkan ahli tidak akan didaftarkan dan TIDAK BOLEH MENGIKUTI sebarang aktiviti anjuran pengakap untuk tahun 2014.
 
c. Pesuruhjaya Daerah diminta MEMAKLUMKAN kepada Pegawai Pelajaran Daerah senarai nama sekolah yang tidak mendaftarkan ahlinya dan salinan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom
Pen Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Pentadbiran)
SMK Kg Baru Si Rusa, 
71050 Port Dickson, 
Negeri Sembilan Darul Khusus 

Tel : 06-6463286    Fax: 06-6463719     HP 019-2664204

Read more...

KURSUS KETUA PATROL 2014

Friday, April 4, 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Program PPMNS akan menganjurkan satu kursus Ketua Patrol seperti ketetapan berikut: 

TARIKH 

18 hingga 20  April 2014    
Lapor diri : 18 April  2014  - jam 3.00 – 3.30 petang
Tamat Kursus: 20 April 2014 - jam 1.30 petang

TEMPAT          
Kem Pengakap Bukit Putus Seremban

YURAN PENYERTAAN
RM40.00
PERASMIAN   PENUTUP   
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, NSembilan

PESERTA         
Ahli pengakap Tingkatan 2 , 3 dan 4
Setiap sekolah boleh menghantar  4 orang peserta  dan guru

Pemimpin perlu menghantar dan mengambil  ahli pengakap mereka ke Kem tersebut. (Pemimpin boleh  menghantar  lebih peserta) 

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2014.

Maklumat lanjut sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi :  

En. Chan Kau Chai
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin, NSDK
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP