JEMPUTAN SEBAGAI PEMERHATI KE 24th APR CONFERENCE (BANGLADESH)

Wednesday, September 19, 2012

YB. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah mendapat persetujuan dari Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara untuk memberi peluang kepada semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri-negeri, Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Ahli-ahli Majlis Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Daerah yang berminat untuk turut serta sebagai pemerhati semasa berlangsungnya 24th AsiaPacific Regional Scout Conference pada 24 hingga 29 November 2012 bertempat di Dhaka Sheraton Hotel, Dhaka City, Bangladesh.

Tarikh tutup ialah pada 28 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bahagian Siaran.

Read more...

KURSUS ANJURAN PPM IBU PEJABAT

Sukacita dimaklumkan PPM Ibu Pejabat akan menganjurkan beberapa kursus seperti di bawah.

1.  KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Dengan kerjasama 
St Johns Ambulans, Malaysia

Tarikh Kursus 
06 - 07 Okt 2012 (Sabtu - Ahad)

Tempat Kursus  
Pusat Latihan Pengakap Malaysia
Wisma Shafie Mohd Salleh
No. 29, Jalan Taming Permai 1
Kawasan Perniagaan Taming Permai
43200 Balakong, Selangor

Yuran Kursus 
RM 250.00 (seorang)
(Bayaran merangkumi bahan kursus, sijil 5t. John Ambulans, Ujian Asas Pertolongan Cemas tidak termasuk makan/minum)

Penginapan
RM 20.00 (semalam)


2.  KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMIMPIN PENGAKAP LAUT SIRI 1/2012

Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Selatan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Pengakap Laut siri 1/2012.  Butirannya seperti berikut: 

Dengan kerjasama 
Jabatan Laut Wilayah Selatan

Tarikh
05 - 07 Okt 2012 (Jumaat - Ahad)

Tempat
Pengakalan labatan Laut
Wilayah Selatan
Tanjung Pelepas, Gelang Patah
Johor

Yuran Penyertaan 
RM 200.00 (seorang)
- termasuk makan/minum, penginapan, sijil, lencana Pengakap Laut dan bahan kursus


3.  KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN Siri 1/2012

Dengan hormat dan sukacitanva dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur akan menganjurkan kursus Asas Payung Terjun siri 1/2012.  Butirannya adalah seperti berikut:

Dengan kerjasama 
Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur

Tarikh
05 -07 Okt 2012 (Jumaat -Ahad)

Tempat
Segamat Golf and Country Club, Segamat, Johor

Yuran Penyertaan      
RM 200.00 (seorang)
- makan/minum, penginapan, siiil, lencana payung terjun dan bahan kursus

Yuran Pendaftaran 
RM 850.00 (seorang dibayar kepada Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur)
- bayaran termasuk minyak kapal terbang dan sewa payung terjun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bahagian Siaran.

Read more...

MAKLUMAT PERIBADI DAN GAMBAR BERUNIFORM

Thursday, September 13, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengemaskini maklumat peribadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap pada peringkat Negara dan Negeri bagi memudahkan urusan pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2012 /2013.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghantar maklumat peribadi beserta gambar passport beruniform Pengakap dalam bentuk hardcopy dan softcopy dengan kadar yang segera.

Softcopy, sila hantar ke Ibu pejabat - Pn Hamidah (otus_rufescens@yahoo.com.my) dan hardcopy kepada Tuan SC untuk tindakan seterusnya.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP - MANIKAYU PERINGKAT 1 SIRI 2/2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus tersebut kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang pernah menghadiri kursus kepimpinan Maniukayu –Penerangan sebelum ini.

Maklumat lanjut, sila lihat bahagian Siaran.  Surat kebenara dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan dimuat-naik secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Amir Fuad Mohd Dom (HP: 019 2664204 / 019-6342830)

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP