Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Friday, February 26, 2016

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan 2016

Sukacitanya dimaklumkan, Pasukan Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan seperti ketetapan dibawah:

Tarikh : 5 Mac 2016
Hari    : Sabtu
Masa   : 8.00 - 5.00
Tempat : Dewan Seri Setia SMK King George V
Bayaran: RM 30.00

Surat dari JPNNS sedang dalam proses.  Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Shafizan bin Shahriman 
Setiausaha Latihan PPMNS
Tel : 012-204 3522

Monday, February 15, 2016

PENCALONAN KURSUS PENTARAFAN PENTARAF PENGAKAP RAJA DAN PENILAI ANUGERAH BP

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja dan Penilai Anugerah BP yang mana kursus ini akan diadakan dalam bentuk 2 fasa iaitu Kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja dan Penilai Anugerah BP.

Bagi calon peserta yang belum menghadiri kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja dan Penilai Anugerah BP, calon-calon perlu menghadiri kursus pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh Kursus       :  31 Mac - 03 April2016 (Khamis - Ahad)
Masa Pendaftaran : 10.00 pagi - 2.30 petang (Khamis - 31 Mac 2016)
Tempat kursus      : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
                              Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor
Yuran Kursus       : RM 200.00 seorang
                               (Yuran adalah termasuk makan/ minum, penginapan
                               dan bahan kursus)

Bagi calon peserta yang telah menghadiri Kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja tetapi masih belum menghadiri Kursus Penilai Anugerah BP, calon boleh mula melaporkan diri mengikut butiran seperti berikut:

Tarikh Kursus       : 01 - 03 April 2016 (Jumaat - Ahad)
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi - 10.30 pagi (Jumaat - 01 April 2016)
Tempat Kursus      : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort
                               Jalan Sungai Lalang, Semenyih.
Yuran Kursus        : RM 150.00 seorang
                                (Bayaran adalah termasuk makan/minum, 
                                penginapan dan bahan kursus)

Tarikh tutup penyertaan ialah 25 Februari 2016.  Sila rujuk bahagian Siaran untuk maklumat lanjut atau hubungi

Tuan Aziruddin bin Abd Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - Pengerusi Latihan
Tel : 012-3867084
Email : dinlobon9@yahoo.com