Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Wednesday, January 27, 2016

PENDAFTARAN KEAHLIAN PPMNS 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2016 telah dibuka.  Sila muat-turun borang berkaintan di ruangan Siaran.

Surat siaran JPNS sedang dimohon dan akan dimuat-naik dengan kadar segera.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Amir Fuad Bin Mohd Dom
Timb Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran & Antarabangsa)
SMK Palong 2 (F), 73450 Gemas, Negeri Sembilan

Tel : 06-4631314 Fax: 06-4631173 HP 018-2789727

Tuesday, January 19, 2016

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN KALI 1-2016

Sukacita dimaklumkan, mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan kali 1- 2016, akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 20 Januari 2016 (Rabu)
Masa    : 2.30pm
Tempat :  SMK King George V, Seremban

Surat siaran dan senarai ahli majlis boleh didapati di bahagian Siaran.

Friday, January 15, 2016

SEMBAH TAKZIAH

Seluruh warga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS), merafak sembah merakamkan ucapan takziah kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan seluruh keluarga DiRaja Negeri Sembilan, atas kemangkatan YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz tengahari tadi.

Semoga Almarhum diberikan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.