Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Saturday, August 15, 2015

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 PKK DAN PM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 PKK dan PM seperti ketetapan di bawah.

Tarikh : 21 - 23 Ogos 2015
Masa lapor diri : 2.30 ptg
Tempat : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus, Seremban
Bayaran : RM 60.00

Keutamaan kpd peserta Kursus Manikayu Pengenalan 2015 dan yg belum menghadiri Manikayu 1.

Makan minum disediakan.  Sila bawa khemah, peralatan perkhemahan, alat tulis dan keperluan peribadi.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Shafizan bin Shahriman
Penolong Pesuruhjaya Negeri (S/U latihan)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SMK King George V,
Jalan Za’aba, 70100 Seremban.

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGERI SEMBILAN KALI KE -3

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Ogos 2015 (Rabu)
Tempat : PKG Mambau D/A SMK Mambau, Seremban
Masa : 2.30 petang

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Amir Fuad Bin Mohd Dom
Timb Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran & Antarabangsa)
SMK Palong 2 (F), 73450 Gemas, Negeri Sembilan

Tel : 06-4631314 Fax: 06-4631173 HP 018-2789727

Tuesday, August 4, 2015

FORUM MUDA_REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan, bahawa Jawatankuasa Program Negara dan Sekretariat Pengakap Kelana Negara akan menganjurkan Forum Muda-Remaja peringkat Kebangsaan bagi Persediaan awal mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke Asia Pacific Region Youth Forum yang akan berlangsung pada 29 Oktober hingga 1 November 2015 bertempat di Suncheon Korea.

Forurm Muda-Remaja ini melibatkan ahli pengakap kelana yang berumur 18 hingga 26 tahun dan dicalonkan dari setiap negeri seramai 2 orang serta dari Ahli Sekretariat Pengakap Kelana Negara.

Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh   : 4 hingga 6 September 2015
                (Pendaftaran Urusetia- 10 hingga 11 pagi)
                (Pendaftaran Peserta 2.30 hingga 4 petang)
Hari      :  Jumaat hingga Ahad
Tempat :  Pusat Belia Antarabangsa,
                Cheras Jalan Yaacob Latiff Kuala Lumpur
Bayaran : Ditanggung oleh PPM termasuk (Makan,Minum & Penginapan)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi :

En. Chan Kau Chai 
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin, NSDK
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088

En. Azizulhakim bin Azizan
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Kelana)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
Tel : 019-3009960  E-mail : azizulhakim@giatmara.edu.my