KURSUS LENCANA API BAGI PEMIMPIN PENGAKAP

Monday, June 9, 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan Kursus Lencana Api bagi Pemimpin Pengakap di seluruh Negara mulai bulan Jun ini.

Setiap PPM negeri diminta untuk mencalonkan 50 orang pemimpin pengakap yang layak untuk menjadi peserta bagi kursus berkenaan. Pemilihan pemimpin pengakap untuk menyertai kursus ini mestilah meliputi semua Unit Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana. Kursus ini akan dijalankan mengikut zon berdasarkan kepada tarikh kursus yang akan ditetapkan kelak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Maklumat lanjut sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi:

Tuan Aziruddin bin Abdul Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (S/U Latihan)
D/A SK. Taman Seri Pagi
71450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 012-3867084  Tel Pej / Fax :  06-6779348

Read more...

PENIALAIAN ANUGERAH BP PENGAKAP KELANA Siri 1 KLKM

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penilaian Anugerah BP dan KLKM dengan kerjasama Pasukan Latihan Negara akan mengadakan Penilaian Anugerah BP Pengakap Kelana Siri 1 KLKM pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh : 25hb- 28hb Jun 2014 (Rabu- Sabtu)
Masa Pendafataran : 0900 pagi - 2.00 petang (25 Jun 2014)
Tempat : Pusat Kokurikulum
               Universiti Sains Malaysia
               Pulau Pinang
Yuran Penyertaan : RM 150.00 (seorang)
                                (Yuran adalah termasuk Makan & Minum, Penginapan,
                                  Epolet Kelana BP dan Rambu Pengakap Kelana)

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

Read more...

BENGKEL SCOUT OF THE WORLD AWARD (SWA)

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau
Pinang dan Jawatankuasa Pengakap Kelana dengan kerjasama Pasukan Latihan Negara akan
mengadakan Bengkel Scout Of The World Award (SWA) - Scout Of The World Discovery (SW Discovery) dengan butiran bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh Bengkel : 23 -25 Jun 2014 (Isnin - Rabu)

Tarikh Pendaftaran : 23 Jun 2014 (8.00 pagi - 9.00 pagi)

Tarikh Tamat Bengkel : 25 Jun 2014 (6.00 petang)

Yuran Penyertaan : RM 150.00 seorang
                                (Yuran adalah termasuk makan/minum, Penginapan,
                                  Lawatan dan bahan bengkel)

Tempat Bengkel : SEAMEO RECSAM
                             Gelugor, Pulau Pinang
                             (Berhampiran IPG Kampus Pulau Pinang)

Syarat Penyertaan : Pengakap Kelana yang telah lulus Anugerah BP dan berumur 26 tahun ke bawah

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau berhubung terus dengan berhubung terus dengan Encik Heng Soo Peng, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang di talian 019 - 410 2441.

Read more...

JAMBORI METROPOLITAN KUALA LUMPUR 2014

Monday, June 2, 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menganjurkan Jambori Metropolitan Kuala Lumpur 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 hingga 26 Jun 2014
Tempat : Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Bayaran Penyertaan : RM 220.00 seorang
Aktiviti : Terdapat aktiviti-aktiviti menarik disediakan

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi :-

En. Abu Bakar bin Hassan
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Tugas Khas)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 
Tel : 019-6226979
Email:   burn5979@yahoo.com

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP