Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Wednesday, May 28, 2014

MAKLUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Chee Yong Seng, Pengerusi Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Negeri Sembilan telah meninggal dunia pada 27 Mei 2014 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan pada 28 Mei 2014 bermula jam 7.30pm bertempat di No. 20, Taman Kg. Gelam, Port Dickson.  Kepada ahli pengakap yang ingin hadir, sila beruniform lengkap tanpa forage cap.

Seluruh warga pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Chan Kau Chai di talian 012-6518088.

Wednesday, May 7, 2014

23rd WORLD SCOUT JAMBOREE (JAPAN) 2015

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan 23rd World Scout Jamboree pada 28hb Julai hingga 8hb Ogos 2015 bertempat di Kirara-hama, Yamaguchi, Japan.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan melalui maklumat terkini yang diterima semasa mesyuarat Ketua Kontijen pertama dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Zainie bin Haji Suntim selaku Ketua Kontigen Pengakap Malaysia ke 23rd World Scout lamboree Japan 2015 yang diadakan pada bulan April lepas, dimaklumkan bahawa tarikh akhir bayaran yuran menyertal 23rd World Scout Jamboree yang berjumlah RM 2,500.00 seorang telah diputus dan ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2014 ini.

Maklumat lanjut, sila layari bahagian Siaran - World Jamboree (Japan) 2015.