Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Saturday, March 29, 2014

MESYUARAT BAHAGIAN PROGRAM PPMNS 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) akan mengadakan mesyuarat Bahagian Proram PPMNS kali pertama 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 1 April 2014 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Tunku Besar, Tampin

Maklumat lanjut dan senarai lampiran, sila rujuk surat siaran JPNS di bahagian Siaran.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN KEAHLIAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran dan Keahlian PPMNS bertempat di SMK Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 2 April 2014 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson

Maklumat lanjut dan senarai lampiran, sila rujuk surat siaran JPNS di bahagian Siaran.

Wednesday, March 19, 2014

PENYERTAAN JAMBOREE MESSENGER OF PEACE (MoP) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2014

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Jamboree Messenger of Peace (Mop) Pengakap 2014 sempena Sambutan Hari Belia Negara 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh
23 - 25 Mei 2014

Pendaftaran Urusetia
22 Mei 2014 ( Jam 2.30 petang)

Pendaftaran Peserta23 Mei 2014 (Jam 10.30 pagi)

Tamat
23 Mei 2014 (Jam 10.30 pagi)

Tempat
Sekitar Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Penyertaan
3,000 orang dari seluruh Negara.
 
Konsep
Beriambori, Berkhidmat dalam Kesukarelaan.
(Membantu kelancaran program Jambori dan Hari Belia Negara),

Surat siaran PPM Ibu-Pejabat boleh didapati di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi:

Tuan Hamdan Mohd Nor
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan

Friday, March 14, 2014

KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) akan menganjurkan kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan kali ke 31dan 32 dengan butiran kursus adalah seperti berikut: 

Tarikh Kursus

06 - 12 Apr 2014

Tempat Kursus

Pusat Perkembangan Kokurikulum 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
Batu Pahat,Johor

Masa Pendaftaran

mulai jam 10.00 pagi - 2.00 petang (6 Apr 2014) 

Yuran Penyertaan
RM 500.00 seorang
(Bayaran yuran penyertaan adalah termasuk makanlminum,penginapan,skat kursus dan bahan kursus)

Masukkan maklumat kursus dan sebarang pertanyaan :

Aziruddin bin Abdul Aziz
Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
( Setiausaha Latihan PPMNS )
SK Taman Seri Pagi
70450 Seremban Negeri sembilan

Hp - 012-3867084
        Fax - 066779348

Monday, March 3, 2014

T-SHIRT PENGAKAP

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menguatkuasakan penggunaan T-Shirt rasmi aktiviti bagi ahli-ahli Pengakap diperingkat sekolah hingga ke peringkat kelana bagi meningkatkan lagi imej pengakap serta keseragaman di seluruh Negara.
 
Sehubungan dengan itu, perkara ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara pada 29hb November 2013 yang diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan diluluskan dengan sebulat suara. Syarikat Blue Gifts  Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai pembekal dan pengedar bagi T-Shirt rasmi aktiviti Pengakap setelah melalui proses pemilihan berpandukan terma dan syarat, rekabentuk dan harga.

Maklumat lanjut, sila rujuk surat siaran Ibu-Pejabat di bahagian Siaran.

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PPM NEGERI SEMBILAN KALI 1-2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Kali Pertama Tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mac 2014 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : SK Senawang, Seremban

Surat pelepasan JPNS serta senarai kehadiran boleh didapati di bahagian Siaran.