Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, February 13, 2014

APR SEMINAR ON VALUE-BASED SCOUTING, SINGAPORE

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement / Asia Pacific Region (WOSM/APR) akan menganjurkan APR-Seminar on Value-
Based Scouting pada 2 hingga 5 Ogos 2014 bertempat di Sarimbun Scout Camp, Singapore.

Maklumat lanjut, sila ruju bahagian Siaran atau hubungi Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan).

PENCALONAN PESERTA BENGKEL "ADULT IN SCOUTING" PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Sumber Dewasa Persekutuan
Pengakap Malaysia akan menganjurkan Bengkel "Adult In Scouting" pada ketetapan berikut:

Tarikh : 04 - 08 Mac 2014 (Selasa - Sabtu)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Selangor.
Yuran Penyertaan : RM100.00 orang (meliputi makan minum dan penginapan)
Pendaftaran : 04 Mac 2014 (Selasa) jam 2.00 - 4.00 petang.

Pencalonan seramai 4 orang peserta adalah yang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Program) dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang kanan.

Maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau rujuk bahagian Siaran.