Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, October 14, 2013

PENANGGUHAN KURSUS DAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN RAMBU PKK DAN PM

Adalah dimaklumkan bawah kursus dan perkhemahan di atas telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.  Ini kerana kursus dan perkhemahan tersebut telah bertembung dengan perayaan Deepavali.  

Sehubungan itu, dalam mesyuarat Penyelarasan Penyelarasan Kursus dan Perkhemahan Rambu PKK dan PM pada 10 Okt 2013 bertempat di SK Senawang, mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menangguhkan Kursus dan Perkhemahan Pentarafan Rambu PKK dan PM ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebagai menghormati perayaan Hari Deepavali.

Pihak PPMNS memohon maaf atas kesilapan teknikal tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
En. Aziruddin bin Abd Aziz
Penolong Pesuruhjaya Negeri (S/U latihan)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Taman Seri Pagi, 70450 Seremban, NSDK
Tel: 06-6779348 Fax: 06-6779348 HP: 012 3867084