Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, June 24, 2013

PENANGGUHAN PROGRAM NEGERI

Sila ambil maklum bahawa semua program yang dijadualkan seperti di bawah telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

1.  Kursus Pentrafan Pentaraf Rambu (26 - 29 Jun 2013)
2.  Perkhemaha Pentarafan Rambu (27 - 29 Jun 2013)
3.  Pertandingan Kemahiran Pengakap Kanak-kanak (1 - 4 Jul 2013)

Sila rujuk bahagian Siaran untuk surat pembatalan program dari JPNS.

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan

Tuan Amir Fuad
ASC Pentadbiran
019-2664204

Monday, June 17, 2013

ASC Tugas-Tugas Khas kemalangan

Dukacita dimaklumkan ASC Tugas-Tugas Khas, Tn Hj Abd. Tahrim bin Zakaria telah ditimpa kemalangan di Kelantan.  Beliau dikhabarkan berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di Hospital USM Kubang Kerian.


Pihak PPM Negeri Sembilan berharap semoga keluarga beliau sentiasa bersabar dan tabah dengan dugaan ini dan memohon semua warga PPM Negeri Sembilan khususnya dan warga PPM seluruh Malaysia amnya mendoakan semoga beliau segera sembuh.

Monday, June 3, 2013

PERKHEMAHAN LENCANA KEMAHIRAN KELANA

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Skim Lencana Kelana peringkat Negeri Sembilan seperti butiran berikut:

Tarikh
21 – 23 JUN 2013

Tempat
Kem Pengakap Bukit Putus, Jalan Kuala Pilah, Seremban

Kumpulan Sasaran
Pengakap Kelana

Pendaftaran
3.00 ptg hingga 5.00 ptg (21 Jun 2013)

Yuran Penyertaan
RM60.00 (termasuk makan minum, sijil )

Penginapan
Tapak perkhemahan disediakan (Khemah bawa sendiri)

Maklumat lanjut, sila hubungi

Cik Norbasheerah
Pengarah Program
H/P: 012 9070458     FAKS: 069070458

KURSUS PENTARAFAN RAMBU PKK DAN PM UNTUK PEMIMPIN PENGAKAP

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Pentarafan Pentaraf Rambu PKK dan PM yang akan diadakan seperti ketetapan berikut

Tarikh
26 - 29 Jun 2013 (Rabu - Sabtu)

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Jln Kuala Pilah, Seremban

Pendaftaran
2.00 ptg hingga 3.0ptg (Rabu 26 Jun)

Yuran Penyertaan
RM60.00 (termasuk makan-minum)

Maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Aziruddin bin Abd Aziz
Penolong Pesuruhjaya Negeri (S/U latihan)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Taman Seri Pagi, 70450 Seremban, NSDK
Tel: 06-6779348 Fax: 06-6779348 HP: 012 3867084

PERKHEMAHAN PENTARAFAN RAMBU PKK DAN PM

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Perkhemahan Pentarafan Rambu PKK dan PM seperti ketetapan berikut:

Tarikh
27 - 29 Jun 2013 (Khamis - Sabtu )Sabtu )

Tempat
Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Jln Kuala Pilah, Seremban

Pendaftaran
2.00 ptg hingga 3.00 ptg (Khamis - 27 Jun 2013)

Yuran Penyertaan
RM50 (termasuk makan-minum)

Kumpulan Sasaran

1. Pengakap Kanak - tahun 6
  • Lengkap wajib – Keris Mas
  • Lengkap 2 lencana Kegemaran
  • Lengkap 2 Lencana Pengetahuan
  • Lengkap 2 Lencana Perkhidmatan
2. Pengakap Muda –
  • Lengkap Lencana wajib – Jaya
  • Lengkap lencana kegemaran
  • Lengkap Lencana Pengetahuan
  • Lengkap Lencana Perkhidmatan
Maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Aziruddin bin Abd Aziz
Penolong Pesuruhjaya Negeri (S/U latihan)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Taman Seri Pagi, 70450 Seremban, NSDK
Tel: 06-6779348 Fax: 06-6779348 HP: 012 3867084