Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, January 21, 2013

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya kali Pertama 2013

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Kali Pertama Tahun 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Februari 2013
Masa   : 2.30ptg
Tempat : SK Senawang, Seremban
Pakaian : Uniform Pengakap.

Sila rujuk bahagian Siaran untuk surat siaran JPNS dan senarai Ahli Majlis Pesuruhjaya 2013.

Friday, January 18, 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM 2013

Makluman serta borang-borang berkaitan dengan pendaftaran keahlian pengakap bagi tahun 2013 boleh dimuat-turun di Bahagian Borang Pendaftaran.  Tarikh tutup pendaftaran bagi peringkat pertama ialah pada 30hb Mac 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tuan Amir Fuad Mohd Dom (ASC Pentadbiran)
019-6342830