Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan membuka satu (1) stesen radio amateur dan intemet induk akan beroperasi di Kem Pengakap Negeri Melaka yang akan menghubungkan ahli-ahli Pengakap Malaysia seluruh Negara dan peringkat Rantau Asia Pasifik serta Dunia.
Oleh yang demikian, PPMNS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan program Jambori di Udara ke 55 / Jambori di Internet ke 16 Sedunia pada 19 – 21 Oktober 2012 bertempat di Si-Rusa Inn, Lot 2724, Batu 9, JalanPantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kepada ahli – ahli pengakap seluruh Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai Jambori tersebut, yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10.00 (tanggungan sendiri). Cek/wang tunai perlu dibayar atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI SEMBILAN.
Penyertaan Daerah adalah mengikut jadual dibawah.
MASA SABTU 20 OKTOBER 2012 AHAD 21 OKTOBER 2012
0800 – 1300 REMBAU SEREMBAN TIMUR
KUALA PILAH SEREMBAN BARAT
JELEBU PORT DICKSON
1300 - 1800 JEMPOL
GEMAS
TAMPIN
Untuk maklumat lanjut, sila lihat surat siaran PPM Ibupejabat atau berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Borang penyertaan boleh dimuat-turun di bahagian Borang.