Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, May 22, 2012

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan

Penubuhan Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan.


Pada 1 April 2012, bertempat di Restoran Wadi-Ar-Raudhah, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, En Hamdan bin Md Nor. Seramai 6 orang pesuruhjaya Daerah telah datang pada hari perasmian tersebut. Pada hari perasmian itu juga, seramai 18 orang pewakilan telah menghadirkan diri dari 9 daerah yang berbeza, serta 6 orang ahli pengakap yang hadir sebagai pemerhati.

Tujuan Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini ditubuhkan ialah untuk merancang hala tuju dan kebajikan Pengakap Kelana di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sebelum tertubuhnya majlis ini, satu ahli jawatankuasa penaja telah dibentuk bagi menyegerakan penubuhan majlis ini. Jawatankuasa penaja telah dibantu oleh beberapa orang penasihat tertinggi negeri, bagi menghimpunkan wakil tertinggi Majlis Pengakap Kelana Daerah. Kehadiran pewakilan dan pemerhati adalah amat menggalakkan.
Perlantikkan ahli majlis yang baru juga dilakukan selepas pembubaran jawatankuasa penaja, berikut ialah ahli jawatankuasa Majlis Pengakap Negeri,Negeri Sembilan.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan

 Pengerusi          :          Mohd Faries Faizal bin Shamsul
 Naib Pengerusi :           Muhammad Hafiz bin Anuar
 Setiausaha        :           Norbasheerah binti Kamal Mohd
 Naib S/U          :           Abdul Rahman bin Mat Ozanor
 Bendahari         :           Mohd Syafik bin Mohd Taufik
 AJK     1)         :           Noradila binti  Mohd Zahidi
              2)        :           Muhammad Akid bin Nordin
              3)        :           Wan Jienn Seong
              4)        :           Muhammad Syafik bin Qamaruddin
              5)        :           Azizul Mat Aris
              6)        :           Muhammad Umry bin Khois
              7)        :           Thirumurugah Peerashadan A/L Krishnan
              8)        :           Muhammad Afik Bin Taufik
              9)        :           Lau Cuai Lee

Pemeriksa Kira-Kira

              1)         :           Lee Kim Young
              2)         :           Wan Nursaidatul Ikhsan binti Nasution


Kesemua ahli jawatankuasa baru ini telah mendapat dicalonkan dan dipersetujui oleh mesyuarat ahli majlis. Kehadiran wakil daripada Majlis Pengakap Kelana Negara telah menjadi tanda sokongan terhadap penubuhan majlis ini.

Diharapkan juga dengan tertubuhnya Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini, kami dapat bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama bagi merangka dan mengadakan aktiviti bersama serta  memperkenalkan lagi Pengakap Kelana pada masyarakat di negeri Sembilan khususnya.

"SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP"


Monday, May 14, 2012

ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT YOUTH FORUM - BANGLADESH


World Organization of Scout Movement - Asia Pacific Regional (WOSM-APR) akan mengadakan 7th Asia-Pacific Regional Scout Youth Forum - Bangladesh seperti berikut:

Tarikh : 17 - 21 November 2012
Tempat : National Scout Training Center Mouchak, Gazipur, Bangladesh

Maklumat lanjut, sila lihat Siaran PPM di bahagian Siaran.