Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, April 16, 2012

TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, telah kembali ke rahmatullah pada jam 1pagi (16/4/2012).  Jenazah akan dikebumikan pada jam 11pagi di Kg. Mela, Kuala Lipis, Pahang.

Warga PPM Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah.  Semoga roh bonda YB Dato dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH

Friday, April 13, 2012

Pentarafan Pengakap Raja Siri 1/2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menjalankan kursus pentarafan Pengakap Raja seperti berikut:

Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus, Jalan Kuala Pilah, Seremban

Tarikh : 4 - 7 Jun 2012 (4 hari 3 malam)

Bayaran : RM55 (termasuk makan/minum)

Sila rujuk bahagian Siaran untuk maklumat lanjut.

Jambori Negeri Sembilan ke 10 (2012) - Perubahan Tarikh

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Jambori Negeri Sembilan kali ke-10 seperti berikut:

Tarikh  :  26 - 29 Mei 2012

Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus,Jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bayaran :
Ahli Pengakap - RM30 seorang
Pemimpin dan Kelana - RM40 seorang
Bayaran meliputi Kit Jambori (Lencana Jambori, Sijil, kad Aktiviti /Tag Nama dan baju T) dan Aktiviti Jambori.   * Bayaran tidak termasuk makan/minum dan pengangkutan

Pegawai/Urusetia/Petugas -  RM40
Bayaran meliputi Kit Jambori (Lencana Jambori, Sijil, Tag Nama, Baju T) dan makan/minum

Maklumat lanjut JAMNES 2012, boleh didapati di bahagian Siaran.

Tuesday, April 3, 2012

PENDAFTARAN 2012

Berikut ialah senarai sekolah yang telah menghantar softcopy borang pendaftaran PPM-2A kepada PPMNS.  Kepada kumpulan yang belum mendaftar, harap dapat membuat pendaftaran dengan kadar segera.


DAERAH JELEBU
SJKT Ladang Middleton
SK Dato Undang Abdullah
SMK Teriang Hilir

DAERAH JEMPOL
SK Sungai Lui
SK Serting Ilir

DAERAH PORT DICKSON
SJKC Ladang Siliau
SJKT Ladang Sengkang
SK Permatang Pasir
SK Panglima Adnan
SK Telok Kemang
SK Port Dickson
SK Kg Gelam
SJKT Ladang Sagga
SJKT Ladang Bradwall
SJKT Kem Askar Melayu
SJKT Mukundan
SMK Tinggi Port Dickson

DAERAH SEREMBAN BARAT
SMK Kompleks KLIA

DAERAH SEREMBAN TIMUR
SK Methodist ACS

DAERAH TAMPIN
PDK Tampin
SMK Tunku Besar
SMK Taman Indah
SMK Tunku Syed Idrus