KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU - PENGENALAN 2012

Tuesday, January 31, 2012


Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap baru atau yang belum pernah menghadiri kursus kepimpinan ini.

Kursus tersebut di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    :  18 Februari 2012 (Sabtu)
Masa                     :  08.00 pagi hingga 05.00 petang 
Tempat                 :  Dewan Besar 
                                  SMK Datuk Hj Abdul Samad, Port Dickson
Bayaran                :  RM25.00 seorang

Borang dan surat pelepasan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan boleh di muat-turun di bahagian Siaran
  
Sebarang pertanyaan, sila hubungi

En. Amir Fuad Bin Mohd Dom
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SMK Kg. Baru Si Rusa
71050 Si Rusa, Port Dickson
Tel : 019-2664204

Read more...

TAKZIAH

Saturday, January 21, 2012

Warga PPM Negeri Sembilan merakam ucapan takziah kepada Cikgu Md Izzuddin bin Mohd Shah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Port Dickson dan keluarga beliau atas pemergian ayahanda tersayang.  Semoga beliau dan keluarga tabah di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. dan sentiasa berdoa semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  AL-FATIHAH.

Read more...

PEMAKAIAN LENCANA WOSM

Wednesday, January 18, 2012

Sukacita dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Majlis Eksekutif Pengakap Negara pada 28 Oktober 2011, telah memutuskan bahawa semua ahli pergerakan pengakap di Malaysia perlu memakai lencana ini di pakaian seragam masing-masing di atas poket kanan. 

Sila rujuk surat rasmi PPM Malaysia rujukan PPM-2(439)/2011 untuk maklumat lanjut.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP