Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, July 28, 2011

Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Sembilan 2011

Majlis Pengakap Negeri Sembilan telah berjaya melangsungkan mesyuarat agung pada 24 April 2011.  Majlis perasmian mesyuarat agung telah dihadiri oleh YB  Dato Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara dan YBhg Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pengakap Malaysia.  Bacaan doa telah disempurnakan oleh Tuan Abd. Rahman bin Abd Manaf.  YBhg Dato' Haji Kaharudin kemudiannya menyampaikan Manikayu dan sijil kepada para pemimpin yang telah menamatkan latihan Manikayu.  Seramai 18 orang pemimpin telah menerima Anugerah Manikayu Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda.

Majlis diteruskan dengan penyampaian  Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh.  Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Haji Jaafar bin Yusof telah mendahului penerima pingat dengan dianugerahkan dengan Pingat Jasa Pengakap. Seterusnya beliau telah menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia (2 orang), Pingat Perkhidmatan Baik (3 orang) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (6 orang).

Seterusnya, Ybhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh telah menyampaikan ucapan beliau diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB  Dato Mat Ali bin Hassan.  Majlis perasmian mesyuarat selesai pada jam 4.00 petang dan diikuti dengan jamuan ringan.

Mesyuarat Agung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan telah dimulakan pada jam 4.30 petang dan telah dipengerusikan oleh YBhg Tuan Abd Halim bin Abd Razak.  Majlis telah berjalan dengan lancar dan perwakilan telah sebulat suara menerima dan meluluskan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan 2007 - 2010.  Para perwakilan juga sebulat suara menerima pencalonan En Salehuddin bin Pungut sebagai Setiausaha Kehormat dan Hj Ahmad bin Janor sebagai Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Sembilan.

Undian ahli majlis telah berlangsung dengan lancar dan para perwakilan telah memilih ahli-ahli Majlis berdasarkan borang undian yang telah diedarkan.  Sambil menunggu keputusan undian, mesyuarat diteruskan dengan membincangkan usul-usul yang telah diterima.  Hasil perdebatan dan perbincangan, beberapa usul akan diperhalusi dan beberapa usul ditolak.

Mesyuarat agung PPMNS telah ditangguhkan pada jam 6.15pm.  Majlis Pengakap Negeri Sembilan ingin merakamkan penghargaan kepada YB Dato Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Seri Paduka YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara dan YBhg Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YB. Dato' Abd. Samad bin Ibrahim (Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan), YB. Dato' Zainab binti Nasir (Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat),  Tuan Abd Halim bin Abd Razak (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan), Tuan Hamdan bin Hj.  Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan), semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, semua Pesuruhjaya Daerah, pengurusan Klana Resort Seremban dan semua yang telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Gambar Mesyuarat Agung boleh di lihat di sini.