Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan

Wednesday, February 23, 2011

Pada 19 Februari 2011, Pasukan Latihan Negeri, PPM Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Dato Abd Razak, Seremban dan telah dihadiri oleh hampir 270 orang peserta. Ketua kursus bagi modul ini ialah En. Mohd. Nor Azlan bin Mohd Nordin (Pesuruhjaya Daerah Port Dickson), En. Mohd Walial 'Ashikin bin Halim (Pesuruhjaya Daerah Rembau) dan En. Abd. Rahim bin Pendek (Pesuruhjaya Daerah Gemas).

Kursus sehari ini telah berjalan dengan lancar dengan para jurulatih memberi penerangan telah pelbagai aspek kepengakapan untuk pengetahuan semua peserta. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan bin Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri). Sebelum itu, satu Majlis Penganugerahan Manikayu 2-butir telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan. Seramai 6 orang pemimpin telah dianugerahkan dengan Manikayu 2-butir (Pengakap Kanak-kanak) dan 3 orang pemimpin dianugerahkan dengan Manikayu 2-butir (Pengakap Muda).

Dalam ucapannya, Tuan Hamdan berharap supaya semua peserta dapat menghadiri kesemua modul bagi membolehkan mereka dianugerahkan Manikayu. Beliau juga meminta agar semua pemimpin untuk berusaha membantu ahli-ahli pengakap di sekolah masing-masing untuk mencapai tahap tertinggi dalam kepengakapan iaitu Anugerah Pengakap Raja. Dalam merealisasikan matlamat tersebut, beliau memaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri bersedia untuk membantu para ahli pengakap di Negeri Sembilan dalam menyiap dan melatih ahli pengakap untuk mencapai anugerah tesebut. Namun usaha tersebut perlu mendapat komitmen dan kerjasam dari semua pihak terutama dari pemimpin dan ahli itu sendiri.

Pasukan Latihan Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Sekolah Dato Abd Razak kerana menyediakan tempat berkursus yang selesa. Selain itu, rakaman penghargaan kepada para Jurulatih dan Urusetia yang membantu melancarkan perjalanan kursus. Dan paling utama, kepada semua peserta kursus yang hadir.

Berjumpa nanti di Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1.  Gambar sepanjang kursus boleh dilihat di Galeri Gambar.

Posted by Picasa

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP