Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, April 27, 2010

Jambori 1Belia 1Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perkhemahan Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010.
Tarikh:14 - 16 Mei 2010
Tempat:Taman Wetland
Putrajaya
Kelayakan:Pengakap Muda dan Pengakap Remaja berdaftar,
Pengakap Kelana berdaftar,
Pemimpin Pengakap berdaftar
Perincian berkenaan acara di atas boleh diperolehi melalui Edaran Program: Jambori 1 Belia 1 Malaysia.

Kepada ahli pengakap Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai Jambori ini, sila isi borang dan maklumkan kepada DC anda atau kepada Ketua Kontinjen, En. Azizulhakim bin Azizan (ASC Unit Kelana).